PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN SESI MAC 2025
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN SECARA DALAM TALIAN (SISTEM HOMS) DI KAMPUS UTHM PARIT RAJA SEMESTER 2 SESI 2024/2025 (MAC 2025)
Adalah dimaklumkan Pusat Perumahan Pelajar (PRP) telah membuka tawaran bagi Permohonan Kolej Kediaman secara dalam talian (Sistem HOMS) Kampus UTHM Parit Raja bagi kemasukan Semester 2 Sesi 2024/2025 seperti ketetapan berikut :-
📝Tarikh Permohonan : 15 - 30 Disember 2024
📝Saringan Pilihan Pertama : 01 - 07 Januari 2025
📝Saringan Pilihan Kedua : 08 - 12 Januari 2025
📝Keputusan Permohonan : 13 - 19 Januari 2025
📝Pra Pendaftaran & Pengesahan Tawaran : 24 Januari - 06 Februari 2025
📣Untuk makluman & Perhatian : Bagi pelajar Sarjana Muda Kemasukan Oktober 2024 TIDAK PERLU membuat permohonan TETAPI perlu membuat Pra Pendaftaran pada 24 Januari - 06 Februari 2025