Skip to main content

KATA ALUAN PENGETUA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

"Bismillahirrahmanirrahim"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada pelawat laman sesawang Pusat Perumahan Pelajar UTHM. Melalui laman web ini, pelajar serta pihak luar boleh mendapatkan informasi dan berita terkini mengenai Kolej Kediaman dalam Kampus Parit Raja (KKDK PR), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dengan wujudnya medium ini, diharapkan segala maklumat dan makluman semasa dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisien.

Di KKDK PR terdapat 3 buah kolej kediaman disediakan oleh pihak universiti untuk penginapan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah di dalam kampus induk UTHM. Antaranya ialah Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF), Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KKTDI), dan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN). Pelbagai kemudahan yang disediakan di KKDK PR perlu digunakan secara guna sama dan penuh berhemah dalam kalangan pelajar. Prasarana yang selesa dan kondusif amat dititikberatkan bagi memastikan keselesaan pelajar KKDK PR terjamin.

Dengan menginap di KKDK PR, pelajar akan dapat mengikuti pelbagai aktiviti sama ada yang dianjurkan oleh pihak universiti atau KKDK PR. Setiap aktiviti kolej akan dikendalikan oleh Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) KKDK PR dengan kerjasama pihak pengurusan kolej. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti sesuai dengan keperluan mahasiswa masa kini. Dengan motto 'Kekal Unggul', setiap aktiviti yang dianjurkan berfokus kepada sahsiah, akademik, kebajikan dan keselamatan yang dapat memberi manfaat kepada pelajar. Justeru, saya mohon agar para pelajar KKDK PR dapat menyertai dan mengikuti aktiviti atau program yang dianjurkan. Rebutlah peluang yang ada ini sebaik mungkin sepanjang pengajian anda di KKDK PR kerana pengalaman, kemahiran insaniah dan pembelajaran secara tidak formal ini tidak mungkin anda perolehi dalam bilik kuliah dan sudah tentu tidak ternilai harganya terutama ketika melangkah ke alam kerjaya kelak. Warga kolej kediaman harus bersatu hati bagi memastikan visi UTHM menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan tercapai.

Akhir kata, semoga kehidupan anda di KKDK PR menjadi salah satu pemangkin kejayaan cemerlang dari segenap sudut dengan wujudnya ekosistem pembelajaran kondusif di KKDK PR.

Terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

"MALAYSIA MADANI"

DR. MOHD NIZAM BIN ATTAN
PENGETUA
KOLEJ KEDIAMAN DALAM KAMPUS
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Bottom Right Image

#kkdk_pr   #kekalunggul