Skip to main content

PROGRAM EKSPLORASI EKSTREM 1.0 : EKSPEDISI GUNUNG DATUK 

    Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Kediaman Kampus Pagoh dengan kerjasama UTHM Pagoh Hikers telah mengadakan Program EKSPLORASI EKSTREM 1.0 : EKSPEDISI GUNUNG DATUK yang terletak di Kota, Negeri Sembilan. Program yang dijalankan pada  28 Oktober 2023 ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta termasuk pelajar, ajk dan pegawai pengiring.

    Program Eksplorasi Ekstrem 2.0 : Ekspedisi Gunung Arong adalah bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa/i berkenaan ketahanan fizikal dan mental ketika mendaki gunung. Selain itu, sebalik penyertaan dari peserta,ajk dan penasihat, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain melalui aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Tambahan lagi, peserta belajar serba sedikit mengenai Gunung Datuk dan kawasan di sekitarnya.