Skip to main content

SOALAN LAZIM PUSAT PERUMAHAN PELAJAR

PERALATAN ELEKTRIK

  • Senarai peralatan elektrik yang dibenarkan untuk dibawa oleh setiap pelajar dan wajib didaftarkan dengan caj RM1.00 bagi setiap item/ per semester :
  1. Komputer @ Laptop
  2. Mesin Pencetak
  3. Lampu Belajar
  4. Pengecas Telefon BImbit 
  • Peralatan yang dikenakan caj bayaran RM5.00 satu peralatan / per semester serta tertakluk kepada jumlah kuantiti yang dibenarkan
    oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar dari semasa ke semasa:
  1. Seterika
  2. Cerek Elektrik
  3. Kipas Angin
  4. Pengering Rambut
  5. Pembakar Roti
  • Peralatan elektrik mestilah mempunyai cap kelulusan SIRIM, Jabatan Bekalan Elektrik, Suruhanjaya Tenaga atau mana-mana agensi yang mengiktiraf keselamatan sesuatu peralatan elektrik.

  • Seorang pelajar hanya dibenarkan membawa satu (1) peralatan sahaja dari setiap jenis peralatan yang dibenarkan.

  • Pengarah Pusat Perumahan Pelajar mempunyai kuasa untuk menetapkan kuantiti peralatan elektrik yang boleh dibawa oleh pelajar dari semasa ke semasa.

  • Pengarah Pusat Perumahan Pelajar mempunyai kuasa untuk membuat keputusan terhadap permohonan pelajar bagi mana-mana peralatan elektrik yang tidak tersenarai di atas.
                                                                
Posted  1 month  ago by  prp

Ya, semua pelajar yang menduduki kolej kediaman adalah diWAJIBkan untuk membuat pendaftaran peralatan elektrik yang dibenarkan.
Pendaftaran peralatan elektrik boleh dibuat apabila Notis dan arahan di keluarkan oleh Pusat Perumahan Pelajar.
Permohonan adalah melalui SMAP pelajar.

Posted  1 month  ago by  prp