SOALAN LAZIM PUSAT PERUMAHAN PELAJAR
PELAJAR KANAN (SELAIN PELAJAR TAHUN 1)
Ya Boleh. Pelajar kanan yang telah diluluskan permohonan penempatan di HOMS, pelajar akan diminta untuk membuat pra-pendaftaran bilik dan membuat pengesahan tawaran tersebut melalui sistem HOMS. Pelajar boleh memlih rakan sebilik/ serumah berdasarkan data bilik/ rumah yang telah ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.
Tidak. Pelajar kanan akan ditawarkan penempatan kolej serta bilik asrama sepertimana yang ditetapkan oleh pihak kolej kediaman. Namun begitu, bagi pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, boleh rujuk kepada pihak pengurusan kolej bagi lokasi penempatan yang sewajarnya.
Permohonan yang gagal masih boleh mengemukakan rayuan bergantung kepada kekosongan penempatan.
Rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan rasmi kepada Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PRP).
Semua permohonan akan diproses dan diputuskan oleh pihak pengurusan kolej kediaman yang berkaitan dan akan dimaklumkan melalui sistem HOMS dalam tempoh yang ditetapkan.
- Parit Raja : Semua pelajar (selain pelajar tahun 1) layak untuk memohon HOMS
- Pagoh : Pelajar Program Siswazah
Penempatan kolej kediaman boleh dipohon melalui sistem permohonan dalam talian (HOMS) dan pelajar mestilah memohon mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Permohonan akan dibuka selewatnya satu (1) bulan dari semester baharu bermula.
Penempatan adalah tertakluk pada satu (1) semester pangajian berdasarkan kalender akademik. Sila rujuk Pusat Perumahan Pelajar