KOLEJ KEDIAMAN DALAM KAMPUS PARIT RAJA
SELAMAT DATANG KE SUDUT EKSA
KOLEJ KEDIAMAN DALAM KAMPUS
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) yang telah diamalkan di Universiti Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebelum ini. Pelaksanaan EKSA bagi menggantikan Amalan 5S ini adalah selaras dengan usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk membentuk identiti institusi yang unik.
EKSA mempertimbangkan keperluan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih sistematik, selesa dan kondusif, supaya lebih relevan dalam konteks universiti. Penambahbaikan ini juga seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing universiti di samping memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga UTHM.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan prinsip Amalan 5S yang ditambah baik, dengan penambahan beberapa elemen baharu untuk menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih teratur, selesa dan kondusif di universiti.
DASAR EKSA
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia komited dalam mengamalkan budaya kerja produktif, inovatif serta persikitaran kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efisien melalui perlaksanaan EKSA yang berterusan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan imej korporat
- Menyemarakkan aktiviti kreatif dan inovatif selaras dengan tuntutan pihak yang berkepentingan
- Menyemarkkan aktiviti ke arah persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau
- Memperluas perlaksanaan di PTJ bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif
- Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian PTJ
CARTA ORGANISASI EKSA KKDK
POSTER AKTIVITI
GAMBAR AKTIVITI
KAIZEN KKDK FASA 2
LAWATAN SUDUT EKSA
PELAN LANTAI
CARTA PERBATUAN
INFORMASI HEBAHAN
SIJIL PENGIKTIRAFAN EKSA 2024