Skip to main content

PENGENALAN 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah membuka cawangan kampus yang dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kampus Cawangan Pagoh di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar, Johor.  Selaras dengan misi dan visi universiti, maka diwujudkan kemudahan penginapan asrama untuk pelajar-pelajar UTHM Kampus Pagoh khususnya.

Penginapan asrama pelajar UTHM Kampus Pagoh mula dihuni oleh para pelajar pada September 2017 sehingga kini.  Umumnya, kapasiti penginapan pelajar UTHM di Kampus Pagoh boleh menempatkan bilangan penghuni hampir seramai 5,000 pelajar dalam satu-satu masa.  Pada awal penubuhan kampus cawangan ini sehingga 2021, penginapan pelajar di Kampus Pagoh dibahagikan kepada tiga (3) pengurusan kolej kediaman yang dikenali sebagai Kolej Kediaman Pagoh 1, Kolej Kediaman Pagoh 2 dan Kolej Kediaman Pagoh 3. 

Pada awal tahun 2022 pula, penstrukturan semula organisasi serta penjenamaan semula bagi ketiga-tiga kolej kediaman ini telah digabungkan menjadi satu (1) pengurusan kolej kediaman yang lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Kampus Pagoh UTHM (KKKP). Pengurusan Kolej Kediaman Kampus Pagoh UTHM (KKKP) terbahagi kepada dua (2) bahagian utama iaitu:

Bahagian Pentadbiran

  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Operasi & Penempatan
  3. Unit Kemudahan


Bahagian Timbalan Pengetua

  1. Unit Sahsiah & Akademik
  2. Unit Kebajikan & Keselamatan

PETA LOKASI KOLEJ KEDIAMAN KAMPUS PAGOH

    • Terletak di dalam Bandar Universiti Pagoh
    • 4 minit (2.6km) dari Plaza Tol Pagoh
    • 15 minit (14km) ke Pekan Pagoh - Petronas, Shell, Pejabat Pos, J&T, Klinik Kesihatan dan Balai Polis
    • 7 minit (4.4km) ke Pagoh Jaya - Klinik Pergigian Putra, J&T, Skynet, Speedmart, bangunan kedai termasuk kedai makan.