Skip to main content

HOUSING OFFICE MANAGEMENT SYSTEM ( HOMS )

      HOMS adalah singkatan kepada Housing Office Management System merupakan sistem baharu aplikasi penginapan pelajar yang dibangunkan secara usahasama antara Pusat Perumahan Pelajar (PRP), Pusat Tekonologi Maklumat (PTM) dan pembekal luar. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menambahbaik dan menyusun atur semula sistem sedia ada yang sedang digunapakai olej Kolej Kediaman UTHM sejajar dengan perkembangan teknologi era digital.

Bermula pada tahun 2020, Pusat Perumahan Pelajar telah mengemukakan permohonan sistem HOMS ke Pusat Teknologi Maklumat UTHM. Sistem ini telah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Eksekutif Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Jawatankuasa Penentuan Pembangunan Sistem dan seterusnya diperakui oleh Jawatankuasa ICT Universiti. Sistem ini boleh dicapai menggunakan pelbagai medium sama ada daripada sistem operasi Windows, Linux, Apple IOS, Android dan sebagainya menggunakan pelayar internet. Sistem ini juga menggunakan antaramuka (interface) yang lebih mesra pengguna menggunakan peranti mudah alih atau telefon bimbit dan ianya boleh dicapai di mana jua kawasan yang mempunyai akses internet.

Sebagai permulaan, sistem HOMS akan tertumpu kepada permohonan kolej kediaman bagi pelajar kanan dan pra-pendaftaran pelajar secara dalam talian. Penggunaan sistem HOMS ini akan diperluaskan secara berperingkat untuk sistem lain yang digunapakai oleh Kolej Kediaman UTHM.