Skip to main content

KOLEJ KEDIAMAN DALAM KAMPUS
PARIT TAJA

Kolej Kediaman Dalam Kampus Parit Raja (KKDK PR) merupakan salah satu kolej kediaman di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). KKDK PR terbentuk hasil perancangan pengurusan UTHM yang telah menstrukturkan semula organisasi Kolej Kediaman Universiti dengan menggabungkan Kolej Kediaman Tun Fatimah, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail dan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir di bawah satu pentadbiran.


Dengan motto “Kekal Unggul” dijadikan semangat untuk warga KKDK PR untuk terus unggul sebagai sebuah pusat penginapan pelajar dan turut menjadi pusat pembangunan akademik dan sahsiah pelajar. Justeru, Pihak Pentadbiran Kolej dan wakil mahasiswa melalui Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) sentiasa berusaha menjadikan KKDK PR sebagai sebuah penginapan dengan ekosistem pembelajaran kondusif serta merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam rangka membangunkan pelajar UTHM.

KKDK PR mampu menampung jumlah pelajar seramai 2800 orang pada kapasiti maksimum. Selain itu, KKDK PR turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik komputer, bilik perbincangan, bilik bacaan, bilik dobi, cafeteria, pantri, koperasi dan lain-lain kemudahan.

Menjadi harapan pihak pengurusan KKDK PR agar semua penghuninya mampu mendapat pengalaman kampus secara menyeluruh daripada pelbagai aspek termasuk penjanaan keintelektualan, kepimpinan, keusahawan dan pelbagai keterampilan unggul sebagai seorang mahasiswa universiti.