Skip to main content

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillahirahmanirahim

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah-Nya saya dapat merakamkan kata alu-aluan ini. Setinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan pembangunan laman web rasmi Pusat Perumahan Pelajar & Kolej-Kolej Kediaman UTHM untuk paparan umum. 

Selaras dengan penstrukturan semula kolej-kolej kediaman UTHM di bawah satu pusat tanggungjawab iaitu Pusat Perumahan Pelajar (PRP), pelbagai inisiatif giat diusahakan bersama seperti penganjuran bengkel penambahbaikan mutu sistem laman web kluster kolej-kolej kediaman UTHM. 

Secara amnya, pembangunan laman web ini bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pengguna, malah sekaligus berkongsi informasi tentang pengenalan kolej, memori kolej, muatnaik pelbagai dokumen serta pencapaian kejayaan semasa pengurusan kolej-kolej kediaman universiti.   

Akhir kata, saya  berharap agar laman web ini dapat menyumbang manfaat kepada semua pengguna terutamanya kepada mahasiswa Universiti Tun Hussien Onn Malaysia khususnya.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Ts. Dr. Md Norrizam bin Mohmad Jaat @ Mohd Noh
Pengetua
Kolej Kediaman Kampus Pagoh
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia