MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PROGRAM CAKNA CEMERLANG MATEMATIK
Pada 20 Jun 2025, telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Program Cakna Cemerlang Matematik bertempat di Dewan Al Jazari Auditorium, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.
Program anjuran bersama Kolej Kediaman Dalam Kampus, KITA Global Group Sdn Bhd, Pusat Wakaf dan Endowmen dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Pintas Raya ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik melalui pelbagai aktiviti interaktif, ceramah motivasi, bengkel pembelajaran, serta sesi bimbingan bersama guru pakar.
Semoga program ini dapat memberi impak positif dalam menyemai minat dan keyakinan pelajar terhadap subjek Matematik serta meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam peperiksaan akan datang.