MAJLIS PELUNCURAN INKUBATOR KEUSAHAWANAN &
WATIKAH PELANTIKAN FELO KEHORMAT
19 Jun 2025 - Kolej Kediaman Dalam Kampus (KKDK) dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar (PRP) dan Kolej Kediaman Luar Kampus (KKLK) telah menganjurkan Majlis Peluncuran Inkubator Keusahawanan & Watikah Pelantikan Felo Kehormat bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Fatimah UTHM.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Halim Irwan bin Ibrahim, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar diiringi pegawai-pegawai kanan universiti.
Majlis ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada penglibatan aktif mahasiswa UTHM dalam dunia keusahawanan selari dengan agenda universiti dalam melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.