MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PUSAT PERUMAHAN PELAJAR & KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UTHM 2025
Pada 14 April 2024 (Isnin), Pusat Perumahan Pelajar (PRP) dengan kerjasama Kolej-kolej Kediaman UTHM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M Peringkat Pusat Perumahan Pelajar & Kolej-Kolej Kediaman bertempat di Dewan Terbuka UTHM.
Majlis bertujuan menghargai sumbangan warga kerja Pusat Perumahan Pelajar serta mengeratkan silaturahim dan menjaga kebajikan sesama warga kolej kediaman dan Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP). Majlis Jamuan Hari Raya ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTHM dan diiringi ketua-ketua PTj dibawah HEPA.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan sepanjang majlis berlangsung.