MAJLIS PELANCARAN SUB SISTEM HOUSING OFFICE MANAGEMENT SYSTEM (HOMS)
14 April 2025 | Sesi Flag Off Program MyFimp 2025 International Mobility Program oleh Yang Berhormat Dato’ Naib Canselor bertempat di Ruang legar, Aras Bawah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM Induk.
Seramai 10 orang pelajar terdiri dari 5 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP), 3 orang pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan 2 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Seramai 3 orang pegawai pengiring turut bersama dalam program ini terdiri dari Penyelaras program iaitu Prof Madya Dr. Mohd Rasidi bin Ibrahim, (FKMP), Dr. Mariyam Jamilah binti Homam (FKEE) dan Prof. Madya Dr. Nofrizal bin Darlis (FTK).
Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM hari ini hadir menyempurnakan sesi Flag Off Program MyFimp 2025 International Mobility Program iaitu program pelajar UTHM ke Moscow Aviation Institute (MAI), National Research University Moscow Power Engineering Institute (MPEI) dan Russian University yang akan bermula pada 15 hingga 25 April 2025.
Turut hadir dalam sesi ini Prof. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid Dekan FKMP, Prof. Madya Ts. Dr. Jumadi bin Abdul Sukor Dekan FTK, Prof. Madya Ts. Dr. Asmarashid bin Ponniran Dekan FKEE dan Pegawai – pegawai Kanan Universiti.