Skip to main content

KKLK 2022

ALUAN PENGETUA
KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuah terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman sesawang Pejabat Kolej Kediaman Luar Kampus Parit Raja, UTHM.

Laman sesawang ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi maklumat berkenaan misi, visi, fungsi dan struktur organisasi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Kolej Kediaman Luar Kampus Parit Raja, UTHM. Ia juga merupakan satu wadah dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat luar dan pelajar UTHM khususnya berkaitan perkhidmatan, perancangan dan pelaksanaan program serta aktiviti khususnya melibatkan Kolej Kediaman Luar Kampus yang dilaksanakan oleh Pejabat ini.

Saya harap laman sesawang ini akan dapat memberi input dan panduan komprehensif pada mereka yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang perantara antara pejabat ini dengan masyarakat luar dan pelajar universiti sendiri di samping menjadi medium terbaik dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan  lagi mutu perkhidmatan kami.

Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman sesawang Pejabat Kolej Kediaman Luar Kampus Parit Raja, UTHM.

Selamat melayari laman sesawang ini.

Sekian, terima kasih.

PENGETUA

KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS PARIT RAJA,UTHM